1.1 mana pemimpin sesebuah negara akan dipilih melalui

1.1           PengenalanSetiap negara di dunia memiliki sistem pentadbiranmereka yang tersendiri dalam mentadbir sesebuah negara. Sistem pentadbiran yangdipilih memiliki kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Sistempentadbiran tersebut dianggap sebagai satu sistem pentadbiran yang bolehmembantu menjaga keharmonian negara mereka sendiri tanpa perlu campurtangandaripada negara lain. Antara sistem pentadbiran yang digunapakai di kebanyakkannegara adalah sistem demokrasi.  Sistem demokrasi merupakan satusistem pentadbiran yang menekankan kepada corak pentadbiran berdasarkan kepadaundian dan suara majoriti rakyat yang mana pemimpin sesebuah negara akandipilih melalui pilihan raya. Setiap rakyat diberikan hak untuk menentukansendiri pemimpin yang mereka anggap sebagai layak untuk mentadbir negaramelalui undian secara percuma dan bebas semasa pilihan raya yang diadakan dalamsatu tempoh yang tertentu (Lipset dan Lakin, 2004).  Tambahan lagi, sistem demokrasimerupakan satu pemerintahan yang menggalakkan rakyat untuk bersuara melaluiperwakilan yang telah mereka pilih semasa pilihan raya bagi membantu merekamenyuarakan pendapat atau keinginan mereka kepada pihak atasan atau pucukpimpinan negara (Ahmad Redzuwan, 2001). Terdapat dua jenis sistem demokrasiiaitu sistem demokrasi jenis pemerintahan berpresiden dan sistem demokrasijenis pemerintahan berparlimen.

Best services for writing your paper according to Trustpilot

Premium Partner
From $18.00 per page
4,8 / 5
4,80
Writers Experience
4,80
Delivery
4,90
Support
4,70
Price
Recommended Service
From $13.90 per page
4,6 / 5
4,70
Writers Experience
4,70
Delivery
4,60
Support
4,60
Price
From $20.00 per page
4,5 / 5
4,80
Writers Experience
4,50
Delivery
4,40
Support
4,10
Price
* All Partners were chosen among 50+ writing services by our Customer Satisfaction Team

Sistem demokrasi berpresiden merupakan sistemdemokrasi yang mengamalkan kepada corak pemerintahan yang tidak menggunakansistem beraja tetapi lebih kepada jawatan tertinggi di dalam sesebuah negaraadalah dipegang dan dikuasai oleh seorang presiden yang dipilih daripada rakyatsendiri melalui pilihan raya seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat (VoraElly, 2013).  Manakala, sistem demokrasiberparlimen atau dikenali juga sebagai sistem demokrasi kabinet merupakan satusistem yang masih lagi mengekalkan kuasa raja sebagai ketua negara dan dibantuoleh perdana menteri, timbalan perdana menteri dan lain-lain menteri mengikut portfoliomasing-masing (Ahmad Redzuwan, 2001).                             Malaysia merupakan salah sebuahnegara yang mengamalkan corak sistem pemerintahan demokrasi dalam mentadbirurus negaranya dan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia merupakan sistemdemokrasi berparlimen. Sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan inimerupakan satu sistem pemerintahan yang tidak terlalu mengikut acuankebanyakkan negara barat kerana ianya merupakan satu sistem yang diadaptasi dandisesuaikan mengikut keperluan di Malaysia (Ahmad Zaharudin Sani dan Aminuddin,2014). Sistem pentadbiran demokrasi yangdiamalkan di Malaysia adalah berasaskan kepada amalan Westminister, England yangmana sistem kerajaan dipilih secara bebas daripada kalangan rakyat sendiri.

Pemilihan wakil rakyat ini dilakukan dengan telus melalui undian dan calon yangmemiliki undian terbanyak dianggap sebagai menang dan akan duduk di Dewan Rakyatbagi menyuarakan kehendak rakyat yang diwakilnya dan berpeluang untuk dilantiksebagai menteri (Ahmad Zaharudin Sani dan Aminuddin, 2014). Melalui sistem pemerintahandemokrasi berparlimen, kerajaan Malaysia telah melakukan pengasingan kuasa yangmana ianya terdiri daripada tiga bahagian iaitu legislatif (pengubalanundang-undang), kehakiman (pelaksana undang-undang) dan kuasa eksekutif(pentadbir kerajaan berdasarkan kepada undang-undang). Kabinet atau jemaahmenteri pula merupakan sebuah badan eksekutif yang diketuai oleh perdanamenteri dan ahlinya pula dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihatPerdana Menteri  yang terdiri daripadaahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Negara (Ahmad Zaharudin Sani dan Aminuddin,2014). Perdana Menteri memperuntukkanportfolio bagi setiap menteri dalam kerajaan. Selalunya, ini dilakukan secaraperbincangan dengan timbalan perdana menteri di mana perdana menteri dan timbalanperdana menteri adalah pihak yang sama. Dalam kes negara, perdana menteri bukansahaja memperuntukkan portfolio tetapi juga memilih anggota kabinet secaraefektif dalam pemilihan khusus untuk kabinet dan juga memperuntukkan portfoliodi luar kabinet kepada beberapa orang yang mungkin gagal mendapatkan sokonganyang mencukupi dalam pilihan raya kabinet (Palmer, 2006). Melalui pengasingan kuasa ini, setiap menteri yangtelah dilantik akan memainkan peranan mereka untuk mentadbir urus kementerianmengikut fortfolio mereka masing-masing.

Justeru, melalui pengasingan kuasaini, setiap menteri akan memikul tanggungjawab mereka berlandaskan kepadadoktrin tanggungjawab menteri tersebut.  1.2           DoktrinTanggungjawab MenteriDoktrintanggungjawab menteri merupakan satu doktrin yang digunapakai di Malaysia bagimembantu menteri untuk memahami bidang tugas mereka mengikut jawatan yangmereka sandang. Doktrin tanggungjawab menteri ini meliputi tanggungjawabnyasecara individu dan juga secara bersama: 1.2.1    Doktrin Tanggungjawab Menteri secaraIndividuKerajaantelah membentuk organisasinya yang tersendiri dan membahagikannya kepadabeberapa bahagian organisasi yang lebih kecil lagi mengikut bidang kuasamasing-masing.

Ini bertujuan untuk mengelakkan pertindihan kuasa dan melancarkanlagi pengurusan pentadbiran kerajaan. Tanggungjawab menteri secara individumerupakan tanggungjawab yang perlu digalas ke atas setiap situasi yang berlakudi bawah kementerian yang telah di berikan kepadanya.  Dalamerti kata lain, ini bermaksud seorang menteri telah ditugaskan untuk memantausetiap pergerakan yang berlaku di dalam kementeriannya sendiri tanpa perlumemikirkan atau mengulas berkenaan dengan bidang kuasa menteri lain dan apa-apajua bentuk pandangan terhadap atau campurtangan ke atas kementerian yang bukanbidang kuasanya (Lim, 2002). Ini bertujuan untuk mengecilkan lagi skop tugasseorang menteri dan meringankan beban mereka agar mereka lebih memfokusterhadap kementerian yang mereka sandang dan dapat memberikan sepenuhnya perhatianterhadapat pelbagai isu di dalam kementeriannya sendiri bagi menjaminkesejahteraan rakyat dari masa ke semasa.  Tambahanlagi, menurut Jennings (1969) tanggungjawab menteri secara individu diberikanpenekanan ke atas setiap menteri adalah bagi membantu menteri dan jenteranyauntuk lebih proaktif di dalam mencari alternatif untuk membangunkan setiap pembangunanyang perlu diwujudkan atau diperbaiki di dalam kementeriannya sendiri. Keadaanini secara langsung, mendesak menteri untuk memastikan bahawa penjawat awamyang berada di bawah kementeriannya melaksanakan tanggungjawab mereka mengikutundang-undang dan berjalan dengan lancar.  Inikerana, ketidaklancaran dan kesalahan atau masalah yang berlaku di dalamkementerian, seorang menteri yang telah dipertanggungjawabkan untuk memegangfortfolio tersebut akan turut bertanggungjawab untuk menyediakan jawapanterhadap persoalan yang timbul semasa berada di dalam parlimen.   1.

2.2    Doktrin Tanggungjawab Menteri secara BersamaSelaindaripada tanggungjawab menteri secara individu, menteri juga terikat kepadadoktrin tanggungjawab menteri secara bersama. Ini kerana, tanggungjawab menterisecara individu juga merupakan subordinat kepada tanggungjawab menteri secarabersama (Jennings, 1969). Doktrin tanggungjawab menteri secara bersama bolehdedifinasikan sebagai satu suara yang telah dipersetujui secara bersama ataudengan erti kata lain sesuatu keputusan yang telah dipersetujui secara majoritidi dalam parlimen.

 Didalam parlimen, ahli kabinet bertanggungjawab dalam mempertahankan sesuatu isudan perlu bertanggungjawab secara bersama kepada parlimen seperti yang telahtermaktub di dalam Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan (Undang-UndangMalaysia, 2003). Doktrin tanggungjawab menteri secara bersama merupakan satubentuk tanggungjawab bersama yang telah dibuat di dalam parlimen perlulah diberi perhatian dan dilaksanakan dengan sebaiknya oleh menteri dan kakitanganawam yang berada di bawah bidang kuasanya.  Setiapperkara yang telah diputuskan oleh parlimen menuntut menteri untuk turut sertamenyokong dan melaksanakannya bagi membantu dalam meningkatkan lagikesejahteraan rakyat. Menteri perlu bersama-sama membantu kerajaan dalammemastikan pelan rancangan kerajaan dapat di capai dengan lancar dan jayanya bagimenyelaraskan tindakan menteri sebagai anggota kabinet yang bersatu padu dansaling menyokong. Selain itu, tanggungjawab menteri secara bersama jugamenuntut agar menteri mengambil langkah yang proaktif dengan menganggap bahawakeputusan yang telah dibuat oleh parlimen merupakan kesediaan menteri di dalammenerima tanggungjawab untuk mempertahankan setiap keputusan yang telah di buatsecara bersama.  Inikerana, menurut Rhodes et. al (2009), apabila sesuatu keputusan telahdiputuskan di parlimen, menteri perlu akur dan berusaha untuk mempertahankankeputusan tersebut dengan menganggap bahawa keputusan tersebut merupakankeputusan yang telah dipersetujui bersama dan sanggup untuk menerangkannyakepada rakyat. Langkah ini biasanya akan dilakukan oleh perdana menteri yangmana perdana menteri merupakan ketua pemimpin negara dan bertanggungjawab dalammenerangkan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan terhadap sesuatu isu walaupunkadangkala isu tersebut hanya menjurus kepada kementerian tertentu.

 MenurutThiebault (1994), seorang perdana menteri memiliki kuasa timbang tara yang manajika terdapat percanggahan pendapat di antara ahli kabinet, perdana menteriboleh menggunakan kuasanya sebagai perdana menteri untuk membuat keputusan.Justeru, menteri yang tidak mahu memberikan kerjasama dan menyokong perdanamenteri terhadap keputusan yang telah dibuat oleh kabinet dan berkeras untukmempertahankan pendapat mereka boleh melakukan tindakan meletak jawatandaripada kabinet.              Selain itu, perdana menteri turut memilikikuasa dalam membuat keputusan yang difikirkan adalah wajar dan dapat menjaminkesejahteraan rakyat di negara ini dengan merujuk kepada Jabatan PerdanaMenteri tanpa perlu melalui perbincangan dengan menteri kabinet. Doktrintanggungjawab menteri bersama membantu dalam menyokong setiap tindakan yangdilakukan oleh perdana menteri selagi mana tindakan dan keputusan tersebutmemebri manfaat kepada negara dan rakyat. Doktrintanggungjawab menteri bersama juga membantu menteri dalam memberikan perlindungankepada menteri dan kementeriannya berhubung sesuatu isu yang timbul. Rhodes et. al (2009) menegaskan bahawatanggungjawab bersama menteri boleh diibaratkan sebagai perlindungankeselamatan bagi menteri di bawah bidang kuasa eksekutif untuk melindungi merekaterhadap risiko yang bakal dihadapi mereka.

 Tambahanlagi, doktrin tanggungjawab menteri secara bersama juga menggariskan bahawamenteri tidak seharusnya campur tangan terhadap apa-apa isu berkenaan denganbukan bidang kuasanya iaitu dengan kata lain memberikan maklum balas terhadapsesuatu isu yang bertujuan untuk kepentingan dirinya sendiri. Ini kerana,setiap menteri tertakhluk kepada Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuanwalaupun tidak secara jelas namun ianya cukup untuk memberi peringatan kepadapara menteri untuk peka terhadap penglibatan mereka terhadap maklum balas terhadapsesuatu isu yang dibangkitkan oleh pengamal media.  1.3           KeberkesananDoktrin Tanggungjawab Menteri Bersama dalam Konteks Kerajaan MalaysiaSeperti kebanyakansistem perlembagaan dan politik di negara-negara yang mengamalkan sistempentadbiran demokrasi, pengkhususan atau garis panduan terhadap doktrin tanggungjawabmenteri bersama bukanlah sesuatu yang dicipta atau dijelaskan dalam beberapaundang-undang atau dokumen perlembagaan. Sebaliknya, pemahaman menteri itusendiri terhadap konsep tanggungjawab menteri bersama ini adalah hasil daripadapengasingan kuasa yang diwujudkan dan kesedaran mereka dalam bekerja sebagaisatu kumpulan di peringkat kabinet (Gay dan Powell, 2004).  Dalamkonteks kerajaan Malaysia, setiap menteri akan menjaga kementeriannya sendiridan melakukan pelbagai transformasi serta penambahbaikan terhadap sesuatu isuyang timbul di bawah kementerian yang dijaganya. Dengan adanya kesedaranterhadap doktrin tanggungjawab menteri bersama ini, menteri mula bertindakuntuk menjaga kepentingan mereka dan kementerian di bawah mereka dengan sebaikmungkin dan menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul dengan lebih bijak danberkesan demi kesejahteraan rakyat kerana ianya juga merupakan sebahagiandaripada doktrin kerjasama menteri bersama (Rhodes et. al, 2009).

            Walaubagaimanapun, sejajar dengan perkembangan dunia dan kepesatan teknologimaklumat, setiap kementerian tidak dapat lari daripada berdepan dengan pelbagaiisu yang timbul. Keadaan ini menuntut mereka untuk lebih proaktif dalam mencarijalan penyelesaian terbaik bagi menambah baik setiap dasar yang ada demimenjamin kesejahteraan rakyat bersama. Sebagai sebuah negara yang harmoni,dapat dilihat bahawa doktrin tanggungjawab menteri bersama tidak memberikan masalahyang sangat besar sehingga boleh mencetuskan perbalahan di antara ahli kabinetitu sendiri.            Inikerana, dapat dilihat bahawa, setiap menteri yang dipertanggungjawabkan untukmenjaga dan memegang fortfolio masing-masing masih berada dalam keadaan yangterkawal dan saling menyokong di antara satu dengan lain sejajar dengankehendak doktrin tanggungjawab menteri bersama. Ini boleh dikaitkan denganmajoriti ahli kabinet berada di dalam satu parti yang sama iaitu BarisanNasional (BN). Keadaan ini secara tidak langsung memberi keselesaan kepada paraahli kabinet untuk saling terus menyokong di antara satu dengan yang lain.  Inidisokong dengan kajian yang dilakukan oleh Asmady dan Suzalie (2014) yang menyatakanbahawa dominasi terhadap hegemoni BN ke atas masyarakat telah sedikit sebanyakmelahirkan prinsip permuafakatan (consociationalism) di kalangananggotanya. Ini secara tidak langsung menjadikan anggota kabinet itu sendirisaling menyokong bagi membuktikan BN sebagai parti yang boleh menerajui pentadbirannegara.

Permuafakatan ini memberikan cerminan yang positif di kalangan ahlikabinet itu sendiri sebagai satu pasukan dan pemimpim kepada rakyat. Dalamkonteks kerajaan Malaysia juga, sikap tolak ansur dan menghormati undang-undangjuga merupakan salah satu penyebab yang mendorong kepada keberkesananpelaksanaan doktrin tanggungjawab menteri bersama. Ini dikaitkan dengan Perkara43 (3) Perlembagaan Persekutuan (Undang-Undang Malaysia, 2003) semula yang manamenteri perlu bersatu hati dan bersetuju dengan keputusan kabinet secaraumumnya walaupun pada hakikatnya terdapat menteri yang tidak berpuas hati atautidak menyokong keputusan yang telah dibuat oleh kabinet secara peribadi.  Walaubagaimanapun, undang-undang Malaysia membenarkan ahli kabinet untuk meletakjawatan sekiranya mana-mana ahli kabinet yang menentang secara terbuka dantidak mahu mengikut keputusan yang telah dibuat oleh kabinet.  1.4           PenambahbaikanDoktrin Tanggungjawab Menteri Bersama dalam Konteks Kerajaan MalaysiaWalaupunsecara amnya dapat dilihat bahawa doktrin tanggungjawab menteri bersama iniditerima baik dan dipatuhi oleh para menteri, namun kepesatan teknologimaklumat dari semasa ke semasa menjadikan setiap situasi yang timbul semakinmencabar. Ini ditambah lagi dengan tugas pengamal media yang sering menuntutpelbagai jawapan bagi kepentingan rakyat.

Justeru, penambahbaikan perludilakukan bagi mengingatkan para menteri berkenaan dengan doktrin tanggungjawabmenteri bersama.  Antarapenambahbaikan yang wajar dilakukan terhadap doktrin tanggungjawab menteribersama dalam konteks kerajaan Malaysia adalah dari aspek penerangan terhadap Perkara43 (3) Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Pindaan terhadap Perkara 43 (3)Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan dan diberikan nafas baru denganmemberikan penerangan yang cukup berkenaan dengan tanggungjawab menteri bersamabagi membolehkan para menteri mengetahui berkenaan dengan tanggungjawab merekasecara amnya.              Kedua, penambaikan juga harusdilakukan dari segi campur tangan media terhadap penyiaran maklumatperbincangan di kabinet secara terbuka dan tidak bertapis.

Perbincangan dan penyiaranmaklumat perbincangan di kabinet oleh pengamal media yang juga daripada latarbelakang fahaman politik yang berbeza boleh menyumbang kepada perbalahan dikalangan ahli kabinet. Ini kerana, cara penyampaian terhadap sesuatu isu danpenyataan boleh di salah tafsirkan oleh pembaca dan ahli kabinet itu sendiri.  Tambahanlagi, kepantasan teknologi maklumat dan pelbagai medium penyampaian maklumatseperti aplikasi Instagram, face bookdan tweeter sebagai tempat meluahkanpandangan secara peribadi turut menjadi satu bentuk ancaman terhadapkegoncangan kesepaduan di kalangan ahli kabinet itu sendiri.

Sehubungan itu,para menteri perlu diingatkan dari masa ke semasa berkenaan dengan tanggungjawabmereka dalam menjaga imej serta pandangan mereka walaupun di akaun media sosialmereka sendiri bagi menjaga kepentingan bersama di kalangan ahli kabinet danpimpinan negara.Sebagaisebuah negara yang sedang membangun dan negara yang demokrasi, kebebasanbersuara memberikan ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja di negara ini untukmenyuarakan pandangan dan ketidakpuasan hati mereka. Namun, ini tidak bermaksudsesiapa sahaja terutamanya menteri boleh menyuarakan pendapat peribadi merekasecara kasar dan tidak berhemah sehingga boleh menimbulkan ancaman terhadapdiri sendiri dan keselamatan negara. Rentetan itu, penjagaan terhadap isu-isusensetif semasa melakukan hujahan atau pandangan adalah penting bagimemgelakkan berlakunya tragedi 13 Mei 1969. 1.5           KesimpulanPengasingankuasa yang diamalkan di Malaysia membantu kerajaan Malaysia untuk mentadbirurus kerajaan dengan lebih kolektif dan berkesan.

Ini kerana melaluipengasingan kuasa yang diamalkan, pertindihan kuasa dapat dikurangkan danperbelanjaan negara juga boleh di asingkankan mengikut keperluan setiap bidangkuasa yang ada. Pengasingan kuasa ini juga penting dalam meningkatkankeberkesanan kerajaan dalam memenuhi keperluan semasa rakyat dan mencapaimatlamat yang di sasarkan oleh kerajaan dalam Transformasi Nasional 2050(TN50).  Sejajardengan itu, penerapan terhadap kepentingan dan kesedaran para menteri terhadapdoktrin tanggungjawab menteri bersama disamping memfokuskan kepada tanggungjawabmenteri secara individu adalah penting. Ini kerana menteri merupakan tunjangkepada kepimpinan negara dalam memberikan sokongan dan menimbulkan rasa selamatserta kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran di Malaysia danpelaksanaan dasar yang telah digubal. Sokongan yang padu di kalangan ahlikabinet dan kesedaran mereka terhadap doktrin tanggungjawab menteri bersamasecara tidak langsung membantu membangunkan dan melancarkan lagi setiap dasaryang diputuskan dalam kabinet.              RujukanAhmad Redzuwan Mohd Yunus. 2001. Demokrasi dan Kepimpinan Islam SuatuPerbandingan.

Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Ahmad Zaharudin Sani Ahmad Sabridan Aminuddin Omar. 2014. Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia diedit olehAbdul Rahman Abdul Aziz.

2014. Demokrasidi Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad.

Asmady Idris dan Suzalie Mohamad.2014. Kelangsungan Dominasi Barisan Nasional di Sabah Dalam PilihanRaya Umum ke-13.

Kajian Malaysia, Vol.32, Supp. 2, 2014, 171–206.

Cora Elly Noviati. 2013. Demokrasidan Sistem Pemerintahan. JurnalKonstitusi, Volume 10, No. 2, Jun 2013.Gay,O dan Powell, T. 2004. The collective Responsibility of Ministersan Outlineof the Issues.

London: Library Research Papers.Jennings, I. 1969. Cabinet Government. New York: CambridgeUniversity Press.

Lim, H. H. 2002. PublicAdministration: The Effect of Executive Dominance diedit oleh Khoo.

B.T. dan Loh. F.

2002. Democracy in Malaysia: Discourses andPractices. New York:Routledge. Lipset, S. M dan Lakin. J. M.

2004.The Democratic Century. AmerikaSyarikat: University of Oklahoma Press.

Palmer, G. 2006. TheCabinet, the Prime Minister and the Constitution: The Constitutional Backgroundto Cabinet diedit oleh Palmer, G. 2006. New Zealand Journal of Public andInternational Law. New Zealand: VictoriaUniversity of Wellington.

Rhodes, R. A. W, Wanna, J danWeller, P. 2009. Comparing Westminister.

NewYork: Oxford UniversityPress.Thiebault,J.L. 1994. The Political Autonomy of Cabinet Minister in the French FifthRepublic diedit oleh Laver, M dan Shepsle, K.

A.1994. Cabinet Ministers and ParliamentaryGovernment. New York: Press Syndicate of the University of Cambridge.Undang-Undang Malaysia.

2003.Perlembagaan Persekutuan dalamhttp://www.jpapencen.

gov.my/CAT289562/Published/Perlembagaan%20Persekutuan-Ma.Htmldiakses pada 28 Januari 2018.