Dalam dalam kehidupan manusia dan individu(Watt, 2005). Kemahiran

Dalam abad ke 21 ini, pembangunan
dalam berbagai disiplin ilmu telah mengalami perubahan dan perkembangan yang
memerlukan perubahan dan pengubahsuaian seiring dengan perubahan dunia. Dalam
sistem pendidikan, perubahan ini telah diserap dan diubah mengikut perkembangan
dan keperluan sistem pendidikan abad ke 21. Dalam sistem pembelajaran dan
pengajaran pada abad ke-2, para guru perlu menyediakan dan membekalkan murid
dalam berbagai ilmu pelajaran. Malahan, para guru juga perlu menerap berbagai
kemahiran seperti aspek literasi era digital, pemikiran kritis, kreatif dan
inovatif, komunikasi berkesan serta kerohanian perlu dititikberatkan(Dan & Abad, 2015).

Oleh yang
demikian, murid sekolah perlu diserapkan dengan kemahiran-kemahiran yang
diperlukan dengan melakukan pengubahsuaian dan penambahbaikan dalam pendekatan
pengajaran dan pembelajaran dalam menyediakan murid yang berkemahiran abad
ke-2. Ini kerana, mereka akan menempuh cabaran-cabaran yang memerlukan daya
pemikiran yang tinggi. Dalam aspek pembelajaran yang bercirikan pemikiran
kritikal, penyelesaian masalah, kemahiran metakognitif, literasi era digital,
pemikiran inventif, komunikasi efektif dan produktiviti tinggi(Dan & Abad, 2015). Ini semua adalah
agenda-agenda dalam cabaran abad ke-21 yang perlu diterapkan dalam sistem
pendidikan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Mata pelajaran
Matematik merupakan satu mata pelajaran yang memberi satu pengajaran dalam
menyelesaikan berbagai masalah dalam kehidupan. Kebolehan untuk menyelesaikan
masalah memberi banyak kepentingan dalam kehidupan manusia dan individu(Watt,
2005). Kemahiran merupakan satu entiti yang membolehkan manusia mencapai
kejayaan dalam kehidupan. Namun demikian, kemahiran ini akan tercapai dalam
mengatasai segala cabaran adalah dengan kemampuan mengatasi menyelesaikan suatu
masalah. Hal ini kerana masalah merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia
dan masalah ini senantiasa akan berubah mengikut keadaan. Namun demikian
penguasaan kemahiran ini memerlukan satu perubahan dalam diri murid untuk
mempelajari mata pelajaran ini. Penerapan sifat Matematik dalam sanubari murid
bergantung kepada sikap dan minat murid tersebut terhadap matapelajaran ini.
Perubahan ini sangat mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran Matematik dalam
bilik darjah. Memang kita mendengar keluhan-keluhan daripada berbagai pihak
tentang kesukaran dan penguasaan Matematik dalam negara ini (Kamel, 2002). Ramai murid
beranggapan bahawa mata pelajaran Matematik adalah sukar untuk dikuasai.
Sehubungan dengan itu, bukan semua murid dapat menguasai mata pelajaran ini dan
mendapat pencapaian yang membanggakan, tetapi terdapat segolongan murid yang
terus mengalami keciciran walaupun berdepan dengan tajuk-tajuk yang mudah.
Menurut Sabri Ahmad (2006) pembelajaran dapat dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu pembelajaran bagi memproses maklumat dan pembelajaran bagi menggunakan
pengalaman yang telah dikuasai dan tersimpan di dalam ingatan.

Sehubungan
dengan itu, Kementerian Pendidikan 
Malaysia(KPM) telah melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2025. Melalui pelan ini, KPM telah menggubal
satu kurikulum yang baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah(KSSM) dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) (KPM, 2012). Kedua-dua kurikulum
ini merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21 selaras dengan
hasrat KPM dalam mentransformasikan pendidikan melalui PPPM. Tambahan
lagi,  kurikulum baru ini telah dirangka
mengikut standard antarabangsa dalam melahirkan masyarakat murid yang keluar
daripada sistem persekolahan negara akan memiliki suatu kemahiran yang menjadi
satu keperluan dan kemestian untuk bersaing di peringkat global. Kurikulum ini
merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid. Selain itu, ia juga
memberi penekanan kepada aplikasi pengetahuan, perkembangan pemikiran kritis,
kreatif dan inovatif(Noor Erma Abu & Eu, 2014). Ini akan membantu murid
terlibat dalam aktiviti sukan dan kurikulum dengan lebih berkesan.

Memahiri operasi
asas seperti tambah, tolak, darab, dan bahagi adalah amat penting dalam mata
pelajaran Matematik kerana ia merupakan asas kepada segala perkiraan yang bakal
dilakukan oleh murid disepanjang persekolahan mereka kelak. Kini kerajaan telah
menyelitkan soalan berbentuk kemahiran berfikir aras tnggi (KBAT) atau ‘HOTS’ (higher order thunking skill question)
dalam setiap peringkat peperiksaan. Penerapan pemikiran aras tinggi dalam
pengajaran Matematik sangat perlu kerana guru mempunyai kebolehan untuk
mengurangkan kekeliruan dan meningkatkan minat murid terhadap tugasan yang
diberi.

Pengaruh sikap
dan motivasi dalam pencapaian murid terhadap mata pelajaran berkait rapat
dengan prestasi murid secara keseluruhan dan peningkatan pencapaian murid
sepanjang hayat.

x

Hi!
I'm Mack!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out