STRATEGI strategi menyerang. Semakin kerap ibu bapa menggunakan

STRATEGI
MENYERANG

           Strategi pengurusan konflik yang seterusnya
ialah strategi menyerang. Strategi menyerang ialah komunikasi yang dilontarkan
dengan cara marah atau menentang orang lain atau dengan mereka yang sedang
berkonflik. Kebanyakan konflik yang timul dalam keluarga disebabkan oleh pola
komunikasi keluarga, terutama dalam hubungan anak-anak dengan ibu bapa (Zhang
et al., 2005: Koerner & Cvancara 2002: Ballard-Reisch & Weigel 2006).
Strategi menyerang ini mempunyai elemen verbal yang cenderung untuk menjatuhkan
kredibiliti ibu bapa. Orientasi perbualan sememangnya dapat menyumbang kepada
strategi menyerang. Semakin kerap ibu bapa menggunakan orientasi perbualan,
semakin meningkat anak-anak menggunakan strategi menyerang. Hal ini selari
dengan kajian  Koerner dan Fitzpatrick
(1997) yang mendapati ahli keluarga akan berasa selesa kerana dapat menyuarakan
sesuatu perkara yang mereka tidak puas hati bagi menyelesaikan konflik mereka.

         
Strategi menyerang dapat dilihat dari dua perspektif yang berbeza iaitu
perspektif masyarakat Barat dan masyarakat Asia. Kedua-dua masyarakat ini
berbeza pendapat mengenai strategi menyerang dalam menyelesaikan sesuatu
konflik kekeluargaan. Menurut Allison & Shultz (2004), dalam perspektif
budaya Barat, konflik antara anak-anak dengan ibu bapa dilihat sebagai suatu
landasan dalam kebahagiaan keluarga. Anak-anak yang menggunakan strategi
menyerang dalam menyelesaikan konflik keluarga tidak dianggap sebagai suatu
kesalahan. Anak-anak yang menggunakan strategi menyerang, ia membawa erti
bahawa mereka sudah bersedia meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap
peraturan atau tindakan ibu bapa (Allison & Shultz, 2004). Manakala, dari
perspektif masyarakat Asia, kebanyakan remaja Asia tidak cenderung untuk
menggunakan strategi menyerang dengan ibu bapa (Ann Yu Lung 1999: Choa 2001:
Siu Man 20012: Zhang 2007). Dalam konteks masyarakat Malaysia, remaja yang
menggunakan strategi menyerang terhadap ibu bapa akan dianggap anak durhaka.

         
Strategi menyerang banyak digunakan oleh masyarakat Barat. Hal ini
menunjukkan keberkesanan strategi ini dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan
dalam keluarga. Banyak kajian menunjukkan strategi menyerang berkait secara
signifikan hanya dengan remaja Barat (Allison et al. 2004: Siu Man 2004: Dumlao
& Botta 2000). Sebagai contohnya, anak-anak sanggup bertengkar dengan ibu
bapa jika masalah tersebut berkaitan dirinya. Masyarakat Asia tidak menggunakan
strategi menyerang kerana strategi ini mempunyai elemen-elemen verbal yang
cenderung untuk menjatuhkan maruah ibu bapa. Strategi menyerang juga tidak
sesuai dalam konteks budaya Malaysia terutama tatasusila budaya orang Melayu.
Hal ini demikian kerana, seseorang anak yang menentang ibu bapanya secara
terang-terangan, ia dianggap kurang ajar dan derhaka. Strategi menyerang
sememangnya digunakan oleh masyarakat Barat berbanding masyarakat Asia. Menurut
Dumlao dan Botta (2000), pola komunikasi berorientasikan perbualan lebih
berkait secara positif dengan remaja Barat. Ini menggambarkan bahawa remaja
Barat menggunakan strategi menyerang lebih tinggi berbanding masyarakat Asia.
Masyarakat Asia lebih kepada pola komunikasi yang berorientasikan keakuran
iaitu patuh kepada ibu bapa.

 

STRATEGI
OBLIGASI

          Strategi
obligasi memperlihatkan individu yang mempunyai konflik dengan keluarga
berusaha mengikut keputusan ibu bapanya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
obligasi ialah sesuatu yang mesti dilaksanakan. Hal ini menunjukkan bahawa
anak-anak berusaha untuk mengikut segala apa yang dikatakan oleh ibu bapanya.
Strategi obligasi ini merupakan satu sikap dan kelakuan individu yang memilih
untuk menjaga air muka orang lain berbanding air mukanya sendiri. Air muka
merupakan imej kendiri yang ditonjolkan kepada umum, selain memberikan gambaran
imej dalaman tentang diri seseorang, dan berkait rapat dengan konsep seperti
harga diri, status serta maruah. Anak-anak sanggup korbankan segala yang sememangnya
berpihak padanya demi menjaga kredibiliti ibu bapa. Sebagai contohnya,
anak-anak bersetuju dengan pandangan ibu bapa semasa membuat keputusan. Hal ini
membuktikan bahawa anak-anak sentiasa memberi sokongan kepada ibu bapa tidak
kira apa-apa jua situasi.

         
Strategi obligasi ialah strategi yang ketara dalam budaya konteks tinggi
iaitu masyarakat Asia dan Cina yang sangat mementingkan perasaan orang lain
berbanding perasaan sendiri. Hal ini berbeza dengan masyarakat Barat yang lebih
suka memikirkan perasaan sendiri terlebih dahulu berbanding perasaan orang
lain. Budaya konteks tinggi merupakan budaya yang kebanyakan maklumat
dikomunikasikan terletak dalam konteks fizikal atau di dalam diri individu dan
sedikit sahaja dalam bentuk kod yang jelas (Saodah, Narimah dan Mohd. Yusof,
2003, 126-131). Hal ini menunjukkan bahawa, kebanyakan masyarakat Asia
menggunakan strategi ini dalam menyelesaikan konflik kekeluargaan. Dari segi
perspektif budaya Cina, kebanyakan masyarakatnya menggunakan strategi obligasi
dalam menyelesaikan konflik. Hal ini demikian kerana, ibu bapa masyarakat Cina
bercirikan ketegasan dan mengawal. Ini sesuai dengan strategi obligasi iaitu
anak-anak mesti mengikut apa yang telah ditetapkan oleh ibu bapa. Masyarakat
Cina lebih mementingkan penjagaan hubungan kekeluargaan yang baik. Zhang et al.
(2005) menyatakan bahawa menjaga hubungan dalam keluarga amat penting.

           Strategi obligasi tidak sesuai dengan
masyarakat Barat kerana masyarakatnya lebih kepada pola komunikasi perbualan
iaitu memberi peluang kepada anak-anak untuk meluahkan segala perasaannya.
Strategi obligasi melibatkan pola komunikasi keakuran. Strategi obligasi sangat
sesuai digunakan oleh masyarakat Asia dan Cina dalam menyelesaikan sesuatu
konflik keluarga kerana anak-anak tidak menentang akan segala keputusan yang
dibuat oleh ibu bapa. Masyarakat Barat lebih suka mengikut keputusannya
sendiri. Keberkesanan strategi ini dapat dilihat apabila konflik yang timbul
dapat diselesaikan dalam masa yang singkat dan dapat menjernihkan kembali
hubungan yang keruh. Strategi obligasi ini sesuai digunakan boleh masyarakat
Asia dan Cina supaya dapat mengelakkan daripada kedurhakaan anak-anak.

 

STRATEGI
DOMINASI

          Strategi
dominasi memperlihatkan individu yang terlibat dengan sesuatu konflik
kekeluargaan tetap dengan keputusan yang dibuat dan tidak berganjak daripada
keputusannya. Hal ini menunjukkan bahawa anak-anak inginkan ibu bapa mengikut
segala keputusannya dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Anak-anak
sebegini mempunyai karakter yang tegas, kental, berani dan tidak mudah mengalah
demi mencapai matlamatnya. Hal ini bermakna, remaja atau anak-anak lebih
mengutamakan air mukanya sendiri berbanding orang lain. Sebagai contohnya,
anak-anak tegas dengan pendirian apabila berdepan dengan konflik. Ini
menunjukkan bahawa ibu bapa perlu bersedia untuk bersikap terbuka dan bertolak
ansur dalam menerima pandangan dan nasihat dari anak-anak.

         
Strategi dominasi ini sering digunakan dalam budaya konteks rendah.
Perkara ini mungkin disebabkan budaya konteks rendah dibentuk berasaskan
keperluan dan matlamat individu. Ini menunjukkan bahawa individu tersebut
mengutamakan dirinya dalam kebanyakan perkara berbanding orang lain dan hal ini
sesuai dengan strategi dominasi yang mementingkan perasaannya sendiri. Strategi
dominasi lebih banyak digunakan oleh masyarakat Barat berbanding masyarakat
Asia. Strategi ini merupakan pola komunikasi yang berorientasikan perbualan dan
ini telah memberi peluang yang lebih luas kepada anak-anak Barat untuk menyatakan
pandangannya dalam pelbagai isu dan idea. Hal ini menyebabkan anak-anak
mengambil keputusan sendiri untuk menyelesaikan konflik. Cara begini
sememangnya dapat menyedarkan ibu bapa bahawa setiap permasalahan boleh
ditangani secara positif bersama. Masyarakat Asia tidak cenderung untuk
menggunakan strategi ini dalam penyelesaian konflik. Hal ini demikian kerana,
strategi ini dilihat seolah-olah usaha untuk menentang ibu bapan. Strategi ini
lebih utama digunakan oleh masyarakat Barat berbanding masyarakat Asia. Perkara
ini disebabkan strategi ini lebih dominan digunakan oleh masyarakat Barat yang
sangat mementingkan perasaan sendiri.

 

KESIMPULAN

         
Konklusinya, strategi pengurusan konflik yang berorientasikan keakuran
dan perbualan dalam institusi kekeluargaan dapat menjamin kelestarian dan
keharmonian sesebuah keluarga. Malahan, konflik ini dapat membantu remaja
meningkatkan kemahiran dan keupayaan diri dalam menangani masalah yang dihadapi
terutama sewaktu situasi konflik dengan keluarga. Konflik sememangnya merupakan
sesuatu yang sentiasa wujud dalam kehidupan manusia. Semuanya bergantung kepada
individu untuk sendiri menghadapinya sama ada secara baik atau buruk. Kejayaan
dalam menghadapi konflik akan memberikan sesuatu yang memberansangkan dalam
jangka panjang dan kegagalan akan mengundang perkara yang sama. Konflik
keluarga ini memerlukan pelbagai strategi penyelesainnya kerana institusi
kekeluargaan perlu dikekalkan demi kelestarian hari esok. Etika juga penting
dalam masyarakat kerana ia menjadi teras pembentukan keluarga bahagia.
Kelestarian yang wujud dapat menjamin penerusan keturunan yang baik demi
pembentukan keluarga bahagia.